TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 30.09.2026



TERBUKA KEPADA SEMUA STAF, PELAJAR UTHM DAN ORANG AWAM!

Ayuh sertai UTHM Fun Run 2026, sebuah program larian santai anjuran Kelab Staf UTHM (KSUTHM), dengan penganjuran bersama Kelab Kebajikan Staf Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (CESWEC) serta Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) UTHM.

Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan antara warga kampus dan komuniti, serta memupuk semangat kesukanan dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Maklumat Program:

Tarikh: 24 Oktober 2026
Hari: Sabtu
Masa: 7.00 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi: Kampus UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Kategori: 5KM Fun Run
Yuran Pendaftaran: RM48.00 sahaja

Syarat Penyertaan:

  1. Terbuka kepada staf UTHM, pelajar UTHM dan orang awam.
  2. Sihat tubuh badan serta tidak mempunyai masalah kesihatan serius.
  3. Penyertaan adalah atas tanggungan risiko sendiri.

Setiap peserta akan menerima:

✅ T-shirt eksklusif UTHM Fun Run 2026

✅ Medal penamat eksklusif

✅ Nombor bib larian

✅Bonus Eksklusif untuk Staf UTHM! - Daftar sekarang dan nikmati Cashback RM10 untuk 200 peserta pertama. Cepat sebelum tawaran ini tamat!

✅300 PENDAFTARAN TERAWAL STAF, PELAJAR dan ALUMNI UTHM akan menerima T-SHIRT dan MEDAL eksklusif PKKA UTHM secara PERCUMA (Penafian: Baju dan medal eksklusif ini adalah terhad. Saiz baju akan diberikan secara rawak kepada peserta yang telah mendaftar, tertakluk pada ketersediaan stok.)

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan program ini.

Jom sihat dan bersama memeriahkan UTHM Fun Run 2026!


NOTA :

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dengan segera menerusi telefon En. Shahrizal (019-7022605), Dr. Noorasyikin (016-8312076) atau Dr Amirul (011-16602509)

Sekian, terima kasih.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Short Sleeve - Normal Size (2XS-3XL)
Short Sleeve - Extra Size (4XL-5XL)
Short Sleeve - Extra Size (6XL-7XL)
Short Sleeve - Extra Size (8XL)
Long Sleeve - Normal Size (2XS-3XL)
Long Sleeve - Extra Size (4XL-5XL)
Long Sleeve - Extra Size (6XL-7XL)
Long Sleeve - Extra Size (8XL)
Muslimah - Normal Size (2XS-3XL)
Muslimah - Extra Size (4XL-5XL)
Muslimah - Extra Size (6XL-7XL)
Muslimah - Extra Size (8XL)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA